jump to navigation

Toshiba Satelite 2100 laptop Oktober 10, 2006

Posted by wan in Blogroll, computer.
trackback

Laptop pertama aku beli adalah dari jenama Toshiba pada tahun 1999. Mengapa Toshiba? Sebab utama adalah pengaruh kawan masa tu menyatakan Toshiba adalah pioneer dalam pembuatan laptop berbanding dengan jenama lain. Jadi quality dan performance brand Toshiba adalah tip top pada pandangan aku ketika itu. Pada ketika itu, pengetahuan aku dalam bidang komputer bukan Toshiba satelite pro2100banyak sangat tetapi memandangkan ada keperluan untuk menggunakan laptop untuk kerja-kerja yg tak sempat aku siapkan masa kerja memerlukan aku membuat kerja tu balik ke rumah. Masa tu aku baru saja dapat promotion jadi Tech Supervisor, jadi adalah menjadi keperluan untuk aku menaip maklumat-maklumat sulit yg tak dapat aku siapkan kat tempat kerja. Aku tak ada office sebab sepenuh masa kat bahagian operasi, jadi privacy kat tempat kerja tu tak ada sebab bilik kerja di kongsi dengan beberapa supervisor yang lain, lagipun kat tempat kerja menggunakan share desktop. Itu yg menjadi masalah sikit tu, nak taip maklumat sulit takkan nak bagi semua orang tengok kan???

Jadi dengan tekad, sewaktu PC Fair tahun 1999 aku pun membuat tempahan sebuah laptop dari sebuah kedai. Masa tusatelite 2100 spec laptop dengan intel processor intel mmg mahal jadi akupun tempah laptop dengan processor AMD yg agak murah sikit tapi tidak laa semurah sekarang ni walaupun time to processor speed memang rendah kaw-kaw punya. Walaupun processor speed pada masa tu adalah 400Mhz sahaja, aku terpaksa korbankan sebanyak ~RM5000 dari poket aku untuk mendapatkan laptop tu. hu hu… banyak kan kena belanja waktu tu berbanding sekarang. Bagus jugak ada persaingan Inten vs AMD ni, sekarang lebih ramai orang mampu membeli PC dan laptop.

Sambil-sambil buat kerja, masa tu jugak aku terjebak ke alam permainan komputer ‘computer games’. Masih aku ingat lagi perimainan komputer pertama aku beli adalah siri ‘Command n Conquer-Tiberian Sun’. Lepas tu macam2 lagi game yang aku beli, nanti aku ‘gebang’ lain laa pulak pasal game ni.

Sedang aku asyik dengan keseronokkan laptop aku yang baru beberapa bulan aku beli tu, tiba-tiba syarikat mengumumkan akan memberikan kemudah laptop kepada semua pekerja ‘exempt’ staff.😦 aku baru jerrr terbang ~5k, kalau umumkan awal-awal lagi tak laa aku buang duit aku begitu saja beli laptop ni.

Dipendakkan cerita, sebulan lepas pengumuman itu maka aku diberikan laptop syarikat dari jenama IBM ThinkPad 400X dan untuk mengurangkan sikit beban rugi aku beli laptop toshiba tu yg dah kurang fungsinya setelah mendapat laptop syarikat, aku pun jualkan kepada seorang sahabat untuk kegunaan adik dia kat Universiti. Dengan itu dapatlaa aku ‘cover’ sikit kerugian tersebut. Aku jual balik dengan harga RM3k, tak pe laaa rugi sikit dari dok biarkan laptop tu tak utilized langsung. Lagi lama aku simpan lagi turun pulak harganya, maklum laah masa tu persaingan untuk 1GHz processor antara Intel vs AMD memang hot. Apa sangat laa 400MHz laptop bila dapai Ghz processor speed, laa ni bukan takat GHz dah, dah masuk dual core malah Quad Core pun tak lama lagi akan dilancarkan. hu hu… mmg gilerrr laa Intel ngan AMD ni… tapi berbalio untuk consumer mcm kita ni… he he

Komen-komen»

No comments yet — be the first.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: