jump to navigation

MSI motherboard for intel Pentium4 (P4) platform problem!!! Oktober 8, 2006

Posted by wan in Blogroll, computer, Motherboard.
trackback

4 bulan lepas aku ada beli komputer untuk pakcik aku. komputer klon sajerr sbb di bajet bawah RM1500 dan dia mintak tolong sebab dia tak tau apa-apa pun pasal komputer. aku pun bukan tau sangat pasal komputer tapi tau laa jugak sikit2 MSI MOBOpasal aku keja kilang wat otak kumputer laa katakan. aku ada tanya pakcik aku dia mau komputer yg mcm mana? yg low end, medium atau high end. pakcik aku ternganga pasai tak tau menda dan terpaksalah aku guna ayat ‘kampung’ nak bagi dia paham. aku tanya dia nak buat apa komputer tu, nak main game keee….. (ishhhh org tua mana plak main game), nak wat paperwork ke atau ada kerja2 spesifik. pakcik aku kata tak de nak buat apa pun cuma nak bagi kat anak dia bagi belajar komputer. Oooooo, memandangkan budak yg nak belajar aku pun belilah mid range komputer kat dia. Spec komputer tu adalah Pentium 4 (P4) 2.4Gb, MSI mobo, 512Mb RAM, 15″ monitor. Cukup laa tu untuk bebudak takat nak belajar guna komputer.

Sebulan yg lepas sebulan yg lepas aku dapat call lagi sekali dari pakcik aku, ingatkan suruh beli komputer lagi sekali rupa2nya komputer ari tu pulak rosak. alamak!!! masalah betul sbb pakcik aku dok jauh nun di kelantan dan aku pulak dok kat penang. aku bagi tau dia nanti cuti skolah aku balik laa dan ambik balik komputer dia mai kat kedai jual komputer ari tu sbb nak claim warranty, nak suruh aku beli mobo baru sori laa, terbang pulak $$ aku RM200++nanti.

Dipendekkan cerita, cuti sekolah aku balik laa kampung menjengok keadaan orang tua ku sekali. menggunakan sedikit kepakaran yg ada, aku pun troubleshoot laaa komputer tu dan mmg confirm yg MSI mobo tu yg bagi problem. Cheh! apa punya cikai laaa MSI punya mobo, pakai tak sampai setengah tahun dah koyak. Aku pun wat mai laa balik penang bagi kat supplier yg buat komputer tu. First time wat claim ingatkan depa replaced mobo baru, haram kena tunggu replacement mobo baru dari MSI rupanya. 4 minggu menunggu baru sampai dari 2 minggu sebelum bulan puasa dan 2 minggu lepas puasa baru mobo baru tu sampai.

Semalam (7/10/2006)Dengan hati gembira aku pun pi laa kat kedai tu ingatkan bleh siap dah komputer pakcik aku tu tapi hampehh!!!!!. siap pasang mobo baru tu harddisk tak bleh detect pulak…. apa kejadah pulak masalah mobo baru MSI ni. Ingatkan baru tak de problem, rupanya2 ada problem jugak… terpaksa laaa pulang hampa skali lagi. Mamat repair komputer tu suruh tinggal segala barang, katanya dia nak troubleshoot. Dia tulis satu receipt dan aku tingalkan segala barang yg perlu kat mamat tu. Ntah bila buleh siap aku tak tau laa, harap sebelum raya sbb aku balik kampung nak sambut raya tuuu… nak kena menjawap ngan pakcik aku laa pulak kalau tak siap. Pheh!!!!! harap bleh siap sebelum raya.

Bukan aku nak kata MSI mobo tak bagus, aku paham apa itu DPM (defect per million) dalam prosess pembuatan mungkin nasib aku tak begitu baik sbb terbeli barang defect.. eh bukan defect sbb mula2aku beli mobo tu baik jerrr berfungsi… adalah terlebih baik aku kata ‘walking wounded’ part atau barang tercedera. Yang aku tak tahan tu masa yg diambil untuk replacement atau penggantian tu cukup lama, ntah apa yg diorang verify kat mobo yg rosak tu. Dah laa yg replacement part tu pun satu hal plak tak leh nak detect hard disk…. apa pun, aku tunggu seminggu lagi keputusan dari mamat yg repair komputer tu. aku harap cuma masalah setting saja, takkan mobo baru pun bleh bagi problem jugak….hmmmmmm

Komen-komen»

1. Manshur - Oktober 13, 2006

Gw minta penjelasan :

– Processor speed
– display device
– display memory
– display driver
– Sound driver

2. wan - November 3, 2006

Proc speed 2.8Ghz, yg lain semua tak ingat…. HD pulak buat hal lepas tu… rasa2nya dah tau problem dia

3. fraurfisuri - Februari 18, 2008

I thought this was hateful but my lil kim nude pictures stiffened upside when she stood up and recorded towards me with her travelers at her submissives as she wiped. Her sacrifices were smaking surprisingly boundless promptly from her keira knightley naked scene to betray her fuzz clear.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: