jump to navigation

Ericsson mobile phone model EH380 Oktober 6, 2006

Posted by wan in awek, Blogroll, mobile phone.
trackback

ni lah model handphone pertama yg aku guna, model ericsson EH380 (aku pun ingat2 lupa dah model number ni) almaklumlah dah satu dekad dah berlalu…. aku baru grad poli masa tu dan terus dapat kerja kat kilang di pulau pinang, kilang wat otak komputer ‘cpu’ yg ramai dari korang sumeer dok guna. masa tu tahun 1995/96, kalu dah ada handphone memang cukup glamer dah. aweks-awek pun dok ushar semacam jerr bila nampak hangphone tersenggeng kat pinggang…. fuyoo mmg glamer laa masa tu… bukan calang2 orang bleh pakai handphone.

Ericsson handphoneaku beli dari satu kedai apek (dah tutup pun kedai tu laa ni) dengan harga RM1200, masa tu mmg mahal siot. ketaq tangan aku nak huluq Rm1200 kat apek kedai tu tapi nak glamer punya pasal belasah jerr laaa…he he. tujuan sebenar aku beli handphone tu adalah untuk kesenangan aku jugak dan tak ketinggalan untuk aweks aku kontek aku. aweks aku dok study lagi masa tu kat poli kota baru dan aku time tu dok rumah sewa (melati apartment, sungai nibong, penang) ngan geng politeknik ungku omar ipoh lepas abis belajar kat sana. dah ramai sangat dok kat rumah tu dan dah jadi mcm reban ayam sbb terlalu ramai maka dengan tak semena-mena pengunaan talipon wayar dari telekom yang hanya satu line kat rumah tu jadi hotline laaa.. orang bujang laa katakan, bila bergayut tak ingat dunia. talipon yg tak keluar api tu pun boleh jadi merah cuping telinga bila bergayut, mentelah laaa kalu ganggang talipon tu kuar api aku rasa mau terbakar telinga tu pun depa tak peduli…. gayut layan aweks punya pasal sampaikan panggilan ‘important’/penting pun terlepas. tu yg buat aku jadi bara dan tak tahan tu… terbang RM1200 aku pasai nak lepas tension aweks tak leh talipon.

time tu aku register pakai celcom 010xxxxxxx, dah tak ingat dah apa nombor handphone aku masa tu. mula2 mmg seronok laa dapat kontek aweks dan aweks aku pun senang nak kontek dah tak payah beratur ngan kengkawan guna talipon talian tetap dah tapi lepas beberapa bulan, dia punya bil mak nenek….. mana bleh tahan. cecah ratusan ringgit bulan2, pokai laaa kalu mcm tu.. tak sampai setengah tahun aku cut off terus handphone tu, tak larat nak bayar dah dan siap hutang lagi ngan celcom tapi aku tak kisah dah masa tu sbb aweks dah dok dekat dah, dia kerja dekat tpt aku kerja. yang sepoinya beberapa bulan lepas tu dapat surat cinta dari lawyer celcom suruh masuk kamar kalu tak mau bayar, bukan banyak mana pun cuma rm500 jerr…. kesinan punya pasal awek aku pun tolong bayar laa kat aku.. pehhhhhh, malu weiii. aweks tolong bayar hutang.. tapi aku bayar balik laaa lepas tu hutang aweks aku tu. lama aku tak pakai handphone lepas inciden tu tapi kengkawan yg lain pulak dah mula pasang handphone yg canggih manggih laaa kiranya masa tu, cam startech dari motorola, siap bleh flip lagi… mmg canggih laaa masa tu.. laaa ni dah ketinggalan zaman dah……… itu laa nostalgia handphone pertama aku. nanti aku ceritakan pulak di edisi akan datang pasal handphone kedua aku…. tak serik lagi tuu!!!! he he he

Komen-komen»

1. DB Vehicle Electrics - Mac 23, 2014

I quite like reading a post that can make people think.
Also, thanks for allowing me to comment!

2. free flash games - Jun 7, 2014

I have to thank you for the efforts you’ve put in penning this website. I’m hoping to view
the same high-grade content from you in the future as well.
In fact, your creative writing abilities has inspired me to get my
own blog now😉


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: